Aizat Yuna pemenang anugerah juara lagu ke 27 AJL 27 terukir dibintang siapa menang telah terjawab
Sumber: Ohbulan.com
Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27.
Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.
Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-
masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) :
1. Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai (Aizat ganti Yuna membuat persembahan)
2. Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
3. Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)
Tahniah buat semua pemenang dan tahniah buat Aizat dan Yuna.