djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Teduhan Kasih. Show all posts
Showing posts with label Teduhan Kasih. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Beli Novel Online: Teduhan Kasih - Marissa

Beli baca online novel teduhan kasih harga murah drama teduhan kasih tv3

Sekarang ini gelombang teduhan kasih tersangatlah merebak ke seluruh Malaysia. Sekali lagi novel yang berjaya dijadikan drama melayu selain adam dan hawa, setia hujung nyawa dan lain-lain lagi.



novel teduhan kasih, beli novel teduhan kasih online
novel teduhan kasih - marissa

Novel   : Teduhan Kasih
Keluaran: Karya Seni
Penulis : Marissa

Sinopsis Novel Teduhan Kasih

Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni?

Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong.

Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu.

Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang.

Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor.

HARGA
RM22
Sekiranya ada yang berminat untuk beli dan order novel teduhan kasih bolehlah hubungi:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Email: capecod89@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Label novel online - djdanchef


Baca Penuh Beli Novel Online: Teduhan Kasih - Marissa

Sunday, 16 June 2013

Sinopsis Drama Teduhan Kasih TV3

Sinopsis Drama Teduhan Kasih TV3

Drama terbaru yang menghiasi slot Akasia berjudul ‘Teduhan Kasih’ hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod.

Sinopsis Teduhan Kasih

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya.


Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal.

Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini sinopsis teduhan kasih bersambung dimana Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut
perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang.

Ehsan mengambil keputusan untuk
menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Barisan Pelakon Teduhan Kasih Slot Akasia TV3
Teduhan Kasih menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi
Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith,
Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Teduhan Kasih setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Jika anda terlepas boleh tonton online drama ini di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my - djdanchef

Baca juga:
- Teduhan Kasih Episode 15 16 17 18

Baca Penuh Sinopsis Drama Teduhan Kasih TV3

Thursday, 13 June 2013

Episode 15 16 17 18 Drama Teduhan Kasih

Episode 15 16 17 18 Teduhan Kasih Slot Akasia TV3

teduhan kasih, drama teduhan kasih

Sinopsis Teduhan Kasih Episode 15
Iffa terkejut apabila melihat kelibat Ayu & Ryzal yang begitu mesra. Ehsan yg perasan keadaan itu sengaja menunjukkan kemesraan di antaranya dengan Iffa di hadapan mereka.

Sinopsis Teduhan Kasih Episod 16
Iffa terkejut apabila Ehsan tiba-tiba melamarnya. Setelah beberapa hari memikirkan tentang lamaran itu, akhirnya Iffa membuat keputusan untuk menerima lamaran Ehsan.

Sinopsis Teduhan Kasih Episode 17
Iffa yang menganggap kak longnya cemburu dengan dirinya sengaja menipu dengan mengatakan bahawa dia memang curang semasa bersama Ryzal dan Adam sebenarnya anak Ehsan.

Sinopsis Teduhan Kasih Episode 18
Hari perkahwinan Ehsan semakin hampir,namun Ehsan masih tidak memberitahu ibunya.Setelah mendengar nasihat Iffa,Ehsan memberitahu ibunya demi mendapatkan restu.

Jangan lupa tonton drama teduhan kasih @djdanchef

Baca Penuh Episode 15 16 17 18 Drama Teduhan Kasih