djchef July 2014 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 23 July 2014

Kiki Kamarudin Didenda Lakukan Kerja Kemasyarakatan 240 Jam

Kuantan: Mahkamah Sesyen Kuantan memerintahkan Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68, minggu lalu.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Wanita didakwa melakukannya di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, kira-kira jam 1.10 tengahari, pada 14 Julai lalu.
Foto
SITI Fairrah atau Kiki ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk memberi keterangan pada 17 Julai. FOTO Bernama

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan tindakan ganas seorang wanita membuli warga emas selelas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan. - HARIAN METRO

Baca Penuh Kiki Kamarudin Didenda Lakukan Kerja Kemasyarakatan 240 Jam

Lori Tanah Terbakar Rempuh Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas

Kuala Lumpur: Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.
Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan.
Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok sebelum terbakar.
Foto
FOTO LLM

Katanya, kejadian menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan turut terbakar dan seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
Baca Penuh Lori Tanah Terbakar Rempuh Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas

Nenek 62 Tahun Kahwin Dengan Budak 9 Tahun

Seorang wanita berusia 62 tahun, yang boleh digelar nenek bergelar isteri kepada suaminya yang baru berusia sembilan tahun!
Wanita warga emas tersebut, Helen Shabangu yang berasal dari Afrika Selatan dan suaminya, Saneie Masilela sebenarnya sudah bernikah tahun lalu, kali ini mereka mengadakan majlis bagi memperbaharui ikrar perkahwinan.
Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan di Ximhungwe di hadapan 100 tetamu yang hadir.
Tahun lalu perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di kalangan penduduk kampung, namun pengantin lelaki mempertahankan penyatuan mereka kerana mendapat mimpi daripada nenek moyangnya supaya berkahwin dengan wanita yang kini sudah genap setahun bergelar isterinya. -MYNEWSHUB.MY

wed

wed1

wed3
wed4

Baca Penuh Nenek 62 Tahun Kahwin Dengan Budak 9 Tahun

Hospital Swasta Biar 3 Beranak Terlantar Tepi Jalan




Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update. 

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.

Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab. 

Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah bukak hospital.


sumber diambil daripada: siakapkeli.com

Baca Penuh Hospital Swasta Biar 3 Beranak Terlantar Tepi Jalan

Tuesday, 22 July 2014

Episod 5 6: Rindu Awak 200 % Download Tonton Online

Download Tonton Online Rindu Awak 200 % Episod Episode 5 6 Lagu Tema MP3 Drama Sinopsis Pelakon Apa Siapa Tengok



Sinopsis Episode 5 6 Rindu Awak 200%. Permintaan Armel mengejutkan Faezrul. “I didn’t expect this will be a big mistake. Ceraikan I”. Armel sanggup menanggung semua risiko dipersalahkan selepas itu. Bertegang leher mereka malam itu, mempertahankan pendapat masing-masing.

Baca Penuh Episod 5 6: Rindu Awak 200 % Download Tonton Online

Sunday, 20 July 2014

Gambar Nyonya Cina Pakai Baju Ayat Kalimah Al-Quran

Gambar Nyonya Perempuan Cina Pakai Baju Kelawar Tertera Ayat Kalimah Suci Al Quran

Seorang perempuan dipercayai berbangsa cina memakai baju yang terlakar ayat suci Al-Quran.
 
Gambar menunjukkan seorang lelaki Arab mungkin sedang memarahi atau menegur seorang perempuan dipercayai berbangsa cina yang memakai baju yang terlakar ayat suci Al-Quran. Kejadian ini telah berlaku di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor. Gambar ini diperolehi dari Facebook.

BTS -  Satu penghinaan terhadap Islam bagaimana baju dengan ayat2 dari surah Al Quran boleh dijadikan pakaian dan apakah tindakan selanjutnya oleh pihak berwajib?

SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT


Baca Penuh Gambar Nyonya Cina Pakai Baju Ayat Kalimah Al-Quran

Saturday, 19 July 2014

Tragedi MH17: Senarai Nama Krew Pesawat MH17

Tragedi MH17 Insiden Nahas Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini Senarai nama mangsa kabin krew pramugara pramugari

MENERUSI beberapa portal tempatan, satu senarai tidak rasmi nama 15 orang krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia semalam telah mula disiarkan.
Mereka terdiri daripada:
Juruterbang: Wan Amran Bin Wan Hussin, 50
Juruterbang: Eugene Choo Jin Leong, 45
Pembantu Juruterbang: Ahmad Hakimi Bin Hanapi, 29
Pembantu Juruterbang: Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim, 27
Mohd Ghafar Bin Abu Bakar, 54
Dora Shamila Binti Kassim, 47
Azrina Binti Yakob, 41
Lee Hui Pin, 42
Mastura Binti Mustafa, 40
Chong Yee Pheng, 40
Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood, 44
Sanjid Singh Sandhu, 41
Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin, 42
Nur Shazana Binti Mohamed Salleh, 31
Angeline Premila Rajandaran, 30
Sebelum ini, MAS telah menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Biarpun belum ada pengesahan rasmi, ramai pihak percaya pesawat MH17 terhempas akibat ditembak dengan dengan sistem peluru berpandu BUK. – Mynewshub.my
sumber diambil daripada: mynewshub.my
Baca Penuh Tragedi MH17: Senarai Nama Krew Pesawat MH17

Friday, 18 July 2014

Tragedi MH17: MAS Betulkan Jumlah Penumpang ke 298 Orang

Tragedi MH17 Insiden Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal  – berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.
“Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat,” kata kenyataan itu.
MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Malaysia Airlines juga menggerakkan “Go Team” ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.
“Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka,” kata syarikat penerbangan itu.
Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.


Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands). – BERNAMA
Baca Penuh Tragedi MH17: MAS Betulkan Jumlah Penumpang ke 298 Orang

Tragedi MH17: Gambar Nahas MH17 Yang Menyayat Hati

Tragedi MH17 Insiden Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini

Gambar Yang Menyayat Hati Dipercayai Milik Pesawat MH17



GAMBAR-GAMBAR TERKINI  NAHAS MH17 | Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak. Pesawat telah dilaporkan terhempas di Ukraine dalam wilayah Snizhne.

GAMBAR-GAMBAR TERKINI  NAHAS MH17 #prayformh17

Berikut beberapa keping gambar nahas MH17. Cuba anda bayangkan apakah nasib penumpang di dalam pesawat ini. 

Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara "surface-to-air" menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.

Ketegangan di sempadan Russia dan Ukraine semakin meruncing.

Sumber ini telah disahkan secara rasmi, dan lebih banyak informasi akan cuba kami bawakan kepada anda dari masa ke semasa....

Berita lengkap baca disini: MH17 terhempas ditembak di Ukraine

Lagi gambar....





























sumber diambil daripada dramaraja.blogspot.com

Baca Penuh Tragedi MH17: Gambar Nahas MH17 Yang Menyayat Hati

Tragedi MH17: Gambar Pesawat MH17 Dipercayai Ditembak

Tragedi MH17 Insiden Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini


Berikut adalah gambar-gambar MH17 yang terhempas dipercayai ditembak. Gambar-gambar ini menunjukkan MH17 musnah teruk sekaligus boleh memberi gambaran terhadap nasib dan apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa. ─ SiakapKeli.com

Bagaiamanapun tidak semua gambar-gambar ini dapat disahkan sumbernya.












sumber diambil daripada: siakapkeli.com

Baca Penuh Tragedi MH17: Gambar Pesawat MH17 Dipercayai Ditembak