Kuala Lumpur: Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.
Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan.
Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok sebelum terbakar.

Katanya, kejadian menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan turut terbakar dan seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
No comments:
Post a Comment
Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.