djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 29 August 2013

Cathy Magic Cream L-Glutathione SPF130 Murah Harga RM3X.00

Cathy L-Glutahione Magic Cream SPF 130 Harga Murah Borong Pemborong Jual Beli Online Korean Losyen
Cathy Magic Cream L-Glutathione
Cathy Magic Cream L-Glutathione

Cathy L-Glutahione atau lebih dikenali sebagai Cathcy Magic Cream antara cream lotion badan dan muka yang mempunyai SPF tertinggi di Malaysia. Bahkan selamat digunakan.

Wanita Korea mempunyai kulit yang lebih cerah, halus bersesuaian dengan keadaan iklim sejuk sederhana negara Korea. Kulit berwarna disebabkan kandungan melanin untuk melindungi dari selaran matahari.

Makin tinggi melanin, semakin gelap warna kulit seseorang dan semakin tinggi daya tahan cahaya matahari. Contohnya kulit warga Afrika sesuai dengan sinaran cahaya kuat matahari di benua itu. Cathy Magic Cream khusus untuk wanita tropika dengan kandungan L-Gluthathione 5 kali lebih tinggi khusus untuk mencerahkan dan melindungi kulit dengan SPF 130 pa++ antara tertinggi dipasaran malah ia dapat menjadikan kulit lebih lembut dan licin.




Fungsi dan Kelebihan Cathy Magic Cream:
♥ Menyembunyikan Jeragat & Lingkaran Gelap yang tak sekata & Bintik hitam...
♥ Kesan pencerahan dapat dilihat dengan serta merta kerana kandungan L-Glthatione pekatan tinggi dan mudah diserap.
♥ Cathy magic Cream memberi kesan wangian berpanjangan untuk pemakainya.
♥ Mencerahkan, memutihkan dan melicinkan kulit
♥ Sesuai digunakan untuk wanita dan lelaki
♥ Pakai sekadar duduk di rumah juga boleh




Bahan-Bahan Yang Terkandung Dalam Cathy Magic Cream :
Aqua, Paraffinum Liquidum, L-Glutathione, Glycerin, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Polyglyceryl-3 Disostearate, Titanium Dioxide, Hydrogenated Polyisohutene, Dimenthiconol, Cyclomethicone, Methyparaben, Diazolidinyl Urea, Propylparaben, Fragrance, CI:77891, CI:77491, CI:77492




Testimoni dan Review

Cathy Magic Cream L-Glutathione


Cathy Magic Cream L-Glutathione

Cara Guna Cathy L-Glutathione Magic Cream
1. Sapu dan ratakan Cathy L-Glutathione Magic Cream di bahagian muka dan badan selepas mandi (selepas kering).

2. Sapu di bahagian muka dan badan agar dapat melindungi kulit dari sinaran matahari dan ianya dapat menghilangkan kedutan.

3. Tak perlu bilas. Jika sapu pada muka boleh bilas jika mahu.


HARGA TERMASUK POSTAGE:
RM35 (Semenanjung)
RM40 (Sabah Sarawak)
(Harga ditempat lain RM38-RM45)


.
Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
Line/WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/asraffalishop
Ramai pembeli kami yang kata produk Cathy L Glutathione Magic Cream ni berkesan untuk mencerahkan kulit!

Baca Penuh Cathy Magic Cream L-Glutathione SPF130 Murah Harga RM3X.00

Wednesday, 28 August 2013

Almy Nadia Cuba Nasib Jadi Pelawak Dalam Super Spontan 2 2013

PELAKON Almy Nadia mengakui tidak menjadi masalah kepadanya untuk dikenali sebagai pelawak wanita berikutan penyertaannya dalam rancangan Super Spontan terbitan Astro.


Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia kini banyak menerima tawaran watak komedi dan program berbentuk sitkom.
“Saya tidak kisah kalau selepas ini orang mula gelar saya sebagai pelawak kerana di Malaysia ini kita kurang pelawak perempuan. Yang ada sekarang kita boleh kira dengan jari sahaja.
“Jika rezeki sudah ke arah itu saya terima sahaja, lagi pula sekarang sudah terlalu ramai pelakon-pelakon baru yang keluar,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Almy berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya benar-benar mampu menghiburkan penonton dengan aksi komedi.
“Saya sendiri tidak tahu yang saya ini kelakar ataupun tidak kerana saya rasa sifat saya hanyalah biasa sahaja. Tapi selepas program, Edisi Khas banyak maklum balas yang positif saya terima.
“Apa yang peting saya hanya jadi diri sendiri dan mencuba nasib. Kalau kita beraksi berlebih-lebihan pula, ia akan nampak menjengkelkan,” katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, ibunya, Roshida Hashim, 45, banyak memberi sokongan dan menjadi pengkritik terhadap lakonannya selama ini.
“Ibu adalah pengkritik utama saya. Biasanya selepas penonton rancangan komedi saya, dia akan telefon dan beri pandangan.
“Sebab itu bila penggambaran saya asik teringat pesanan dia. Dia juga selalu minta saya baca buku dan belajar tentang bahan-bahan jenaka daripada buku dan Internet,” katanya.
Sementara itu, Almy yang turut menyertai program musim kedua Super Spontan mengakui agak gentar untuk berhadapan dengan pelawak-pelawak terkenal tanah air.
“Saya fikir banyak kali untuk sertai program ini. Kalau rancangan sitkom saya tidak kisah tetapi dalam rancangan ini saya perlu beraksi spontan.
“Berhadapan pula dengan semua pelawak yang handal dan terkenal, tapi saya sudah nekad untuk redah sahaja,” ujarnya.
Antara selebriti lain yang akan menyertai ialah Norkhiriah, Along (Raja Lawak), Johan (Raja Lawak), Yus (Jambu), Nabil Ahmad, Munir, Jep (Sepah), Shuib (Sepah), Tauke (Jambu), Rahim dan Suhaimi.
Program Super Spontan musim kedua akan bersiaran bermula 30 Ogos ini, pukul 10 malam di saluran 132, Astro Warna.

Baca Penuh Almy Nadia Cuba Nasib Jadi Pelawak Dalam Super Spontan 2 2013

Tuesday, 27 August 2013

Tinggal dibawah pokok sejak 10 Tahun

Riyadh – Seorang lelaki Saudi tinggal di bawah sebatang pokok sejak 10 tahun lalu.
Akhbar melaporkan, penduduk di daerah Milz di bandar raya Riyadh menganggap lelaki itu misteri kerana dia tidak bergaul dengan penduduk tempatan dan jarang berbual dengan orang lain.
“Dia seolah-olah tidak mempunyai rumah selain pokok itu. Hampir keseluruhan masanya lalu dihabiskan di bawah pokok berkenaan. Dia tidur di situ pada sebelah malam. Pokok itu menjadi rumahnya dan tiada siapa mengenalinya.
“Kadang kala dia melemparkan senyuman kepada orang yang lalu-lalang. “Tetapi biasanya, dia cuba mengelak orang ramai. Pihak berkuasa perlu bertindak kerana lelaki itu mungkin sakit,” kata seorang penduduk. 

Baca Penuh Tinggal dibawah pokok sejak 10 Tahun

Monday, 26 August 2013

Nenek Dan Atuk Bergaduh,Berdarah Di Sungai Siput OMG!

Sungai Siput – Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.
Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka. 

Baca Penuh Nenek Dan Atuk Bergaduh,Berdarah Di Sungai Siput OMG!