djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 1 August 2012

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA KUALA LUMPUR 2012 | IMSAK

Jadual waktu berbuka puasa Kuala Lumpur 2012 | Waktu imsak Kuala Lumpur . Entri sebelum ini Waktu berbuka puasa negeri Johor 2012 sekarang jadual untuk wilayah perseketuan Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya.

Kuala Lumpur (KL) merupakan bandar yang sangat sibuk teramat giler!. Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia.

Putrajaya atau nama penuhnya iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.

Serba sedikit mengenai Kuala Lumpur dan Putrajaya ini. Mula pukul 4petang memang dah mula waktu orang ramai ke bazar untuk beli jaudah untuk berbuka puasa. Ada yang dah siap-siap beli lauk untuk waktu berbuka puasa dengan waktu imsak sekali.

Nanti bangun cuma perangat balik makanan waktu imsak. Senang sikit kan.

Berikut ialah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kuala Lumpur & Putrajaya 2012


Baca Penuh JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA KUALA LUMPUR 2012 | IMSAK

Tuesday, 31 July 2012

TENGKU PUTRI AISHAH ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT

Tengku Putri Aishah Adinda Sultan Selangor mangkat | Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah - SHAH ALAM 30 Julai - Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal hari ini.

Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah.

Tengku Putri Aishah dimakamkan
Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir disisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain. Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. - BERNAMA (utusan)

TENGKU PUTRI AISHAH , ADINDA SULTAN SELANGOR SELAMAT DIKEBUMIKAN by Hmetro

SHAH ALAM: Adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Aishah Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, 56, selamat dikebumikan di Makam Diraja.

Almarhumah yang menderita penyakit barah lebih dua tahun lalu, menghembus nafas terakhirnya ketika dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, pada jam 12.15 tengah malam.

Tengku Puteri Aishah yang lahir pada 10 Ogos 1956 adalah puteri bungsu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan isteri pertama baginda, Raja Nur Saidatul Ihsan Tengku Bendahara Badar. Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menghadiri istiadat pengkebumian berkenaan.

Penghormatan kepada Tengku Putri Aishah
Turut memberikan penghormatan terakhir, Raja Muda, Tengku Amir Shah; kerabat diRaja Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

tengku putri aishah, tengku putri aishah adinda sultan selangor, adinda sultan selangor

Ahli Majlis Diraja, Tengku Seri Wangsa Diraja, Datuk Setia Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah, ketika ditemui selepas istiadat pengkebumian berakhir jam 12.45 tengah hari semalam, berkata ketika mangkat, Almarhumah dikelilingi kaum kerabat Selangor dan jenazahnya dibawa ke Istana Alam Shah, Klang jam 2.45 pagi semalam.

“Jenazah adinda baginda dimandikan dan solat jenazah dilakukan di Masjid Istana Diraja, di perkarangan Istana Alam Shah,” katanya.

Berkaitan: Berita

Baca Penuh TENGKU PUTRI AISHAH ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT

Monday, 30 July 2012

DUIT RAYA UNTUK PENEROKA FELDA - NAJIB

Duit raya untuk peneroka felda - Perdana Menteri, Najib. SIK 29 - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka felda kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, pemberian itu terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda sebagaimana kaedah yang sama pada 2011.

Peneroka Felda Dapat Duit Raya

"Seramai 103,597 orang atau 91.9 peratus peneroka Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM41.1 juta.

"Seramai 9,038 orang pula atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda turut menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta," katanya ketika berucap pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda 2012 di Sekolah Kebangsaan Beris Jaya, di sini hari ini.

Menurut Najib, pemberian duit raya kepada peneroka telah dilaksanakan sejak 2003 dan bayaran pada tahun ini bertambah sebanyak RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding 2011 iaitu sebanyak RM42.6 juta.

Katanya, pemberian duit raya itu diharap dapat meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Tambah beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda di seluruh negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan program kerohanian kepada semua masjid di tanah rancangan Felda iaitu bagi program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000, sagu hati kepada jawatankuasa masjid (RM792,000) dan program Ihya Ramadan Kawasan Parlimen Feld (RM540,000).

Selain itu, Najib turut memberi duit raya kepada wilayah Alor Setar berjumlah RM1.58 juta dan durian runtuh kepada penerokawati wilayah tersebut sebanyak RM20.2 juta. - Utusan

Baca Penuh DUIT RAYA UNTUK PENEROKA FELDA - NAJIB

Sunday, 29 July 2012

WAKTU BERBUKA PUASA NEGERI JOHOR 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Johor 2012 | Waktu Imsak Negeri Johor. Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T dengan keizinanNya kita masih dapat menyambut bulan Ramadhan dan dapat menikmati waktu berbuka puasa dan imsak bersama-sama keluarga.

Yang diperantau masih dapat meluangkan waktu berbuka puasa dan imsak bersama-sama rakan se-universiti atau serumah.

Waktu Berbuka Puasa Negeri Johor 2012

Berikut ialah senarai Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2012 bagi zon:
Zon 1: Pulau Aur dan Pulau Pemanggil, Johor
Zon 2: Johor Bharu, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3: Pontian dan Kluang, Johor
Zon 4: Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas, Johor

Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Johor 2012 | Imsak


waktu berbuka puasa negeri johor 2012, jadual waktu berbuka puasa imasak negeri johor 2012

Harap dapat kongsi jadual ini dengan LIKE dan TWEET

Baca Penuh WAKTU BERBUKA PUASA NEGERI JOHOR 2012