djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday, 9 March 2013

Yatt Hamzah Jadi Penyanyi Nasyid Bersama Diana Amir & Noryn Aziz

Yatt Hamzah jadi penyanyi nasyid bersama diana amir , noryn aziz

Lama djdanchef tak dengar khabar Yatt Hamzah. Terkini Yatt Hamzah sudah mula giat melakukan Nasyid Marhabban setelah penghijrahan dia untuk memakai tudung.

Yatt juga mengakui dia agak memilih watak untuk berlakon dalam sesebuah drama.


"Saya memang memilih watak. Tidak semua watak bertudung boleh saya ambil. Ada juga tidak sesuai dengan penghijrahan saya ini. Memang benar, selain berlakon, mengacara dan sering dijemput untuk mengadakan ceramah, Yatt juga sibuk menyanyi untuk nasyid marhaban. Saya sertai kumpulan tersebut bukan tujuan untuk mendapatkan show sebaliknya ia adalah minat Yatt sendiri."

"Pada kebiasaanya, Marhaban selalunya disertai generasi yang lebih senior. Jadi, apa salah Yatt ambil inisiatif ini dengan mengumpulkan artis muda yang telah berhijrah untuk turut sama," katanya

yatt hamzah bertudung

Kalau nak tahu bukan Yatt seorang sahaja kumpulan ini juga turut disertai oleh Noryn Aziz, Akma, Diana Amir, Siti Nurdiana dan Lufya.

"Persembahan pertama kami bersempena sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya. Dari situ kami mulakan sehingga kami dijemput mengadakan persembahan dalam program Primadona di Astro Prima.

"Insya-Allah, kalau semuanya okay, kami akan buat album untuk Marhaban ini. Namun, ia bukan sekarang. Lagi pun, saya masih lagi sibuk dengan berlakon. Saya pun lebih memilih untuk berlakon." kata Yatt Hamzah.


Baca Penuh Yatt Hamzah Jadi Penyanyi Nasyid Bersama Diana Amir & Noryn Aziz

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Segmen Follow & Blogwalking Oleh mialiana.com

Segmen ini dari 9 Mac - 20 Mac 2013. Kepada blogger-blogger yang nak join bolehlah baca detail di bawah ini:



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


Baca Penuh Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Friday, 8 March 2013

Penyanyi Sebenar Lagu Sayang Dari Shae

Penyanyi sebenar lirik lagu video sayang dari shae



Terjumpa video ini di facebook. Dikatakan penyanyi asal lagu shae adalah orang yang ada dalam video ini.

Betulkah? hehehe






Baca Penuh Penyanyi Sebenar Lagu Sayang Dari Shae

Thursday, 7 March 2013

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Mac 2013

Jadual kuliah ceramah ustaz azhar idrus di masjid untuk bulan mac 2013

Sebelum ini djdanchef ada memberitahu mengenai jadual kuliah ustaz azhar idrus untuk bulan januari 2013, untuk bulan februari djdanchef tak sempat pula nak kongsikan sebab sekarang sudah pun masuk bulan tiga.

Untuk bulan tiga ini UIA lebih tumpu memberi kuliyah di sekitar kawasan kuala terengganu dan beberapa tempat di Kelantan dan Selangor. 

Untuk minggu pertama bulan Mac 2013, Ustaz Azhar lebih banyak memberi ceramah di kawasan Kuala Terengganu antaranya Di surau Pak Tuyu, Ladang, Flat Bukit Kecik dan sehari di Dewan MBSA Shah Alam selangor. Bagi minggu kedua March 2013 masih sama UIA lebih banyak memberi kuliyah di sekitar kawasan terengganu.

Manakala untuk minggu ketiga Mac, para peminat ustaz azhar idrus dapat mendengar kuliah ceramah di kawasan Kampung Baru dan Jalan sungai lembing Kuantan. Bagi minggu seterusnya selain terengganu boleh juga temui ustaz azhar di kelantan dan selangor.

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bulan March 2013

Berikut adalah jadual kuliah ceramah ustaz azhar idrus untuk bulan mac 2013.

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mac 2013

Makin murah rezeki UIA sekarang ini. Kalau nak tahu untuk booking UIA membuat ceramah memang agak susah dan sekiranya nak booking untuk bulan depan tapi baru call hari ini memang susah nak dapat kerana jadual yang sudah penuh.

Djdanchef difahamkam ada masjid yang ingin booking ceramah Ustaz Azhar Idrus SETAHUN baru dapat. Alhamdulillah rezeki UIA yang melimpah ruah.

Baca seterusnya:
- Gambar Ustaz Azhar Idrus Semasa Muda
- Hukum Cium Mulut Couple Dari Ustaz Azhar Idrus


Baca Penuh Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Mac 2013