djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 31 October 2012

PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2012

Rasa djchef mungkin ramai peminat bola sepak sudah tahu pemenang anugerah bola sepak kebangsaan 2012 baru-baru ini.

djchef agak sibuk sekarang ini dan insyaAllah selepas kerja-kerja tergendala ini habis djchef akan aktif kembali update dan blogwalking. Terima kasih kepada rakan-rakan yang melawat dan memberi komen sepanjang kesibukan ini. Saya tetap akan terjah ke blog rakan-rakan nanti.

Berbalik kepada tajuk bagi yang belum tahu lagi ini adalah senarai para pemenang anugerah bolasepak kebangsaan 2012:

Kelab Terbaik – Sime Darby FC

FA Terbaik – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

Pemain Harapan Terbaik – Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Jurulatih Terbaik – B. Sathianathan (ATM)

Penyerang Terbaik – Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Tengah Terbaik – Mohd Safiq Rahim (Selangor)

Pertahanan Terbaik – Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)

Penjaga Gol Terbaik – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh djchef – Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Kelab Penyokong Terbaik – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Pemain Import Terbaik – Marlon Alex James (ATM)

Pengadil Terbaik – Nafiz Abdul Wahab


Baca Penuh PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2012

Sunday, 28 October 2012

ROSEMAH TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

Terkini dari djchef rosemah tersingkir di Masterchef Malaysia 2. 5 peserta terpaksa ke pusingan penyingkiran.

Peserta yang berada di pusingan penyingkiran adalah Ammar, Azni, Izyan, Rosemah dan Ismail.

SIAPA PESERTA TERKELUAR / TERSINGKIR ?
Selepas juri merasa keempat-empat hidangan, rosemah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kali ini.

LIKE FACEBOOK djdanchef untuk info mengenai masterchef malaysia 2.


Baca Penuh ROSEMAH TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

TENGKU AMIR SHAH | RAJA MUDA SELANGOR

Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj merupakan raja muda selangor.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (lahir 12 Disember 1990) merupakan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan warga Amerika Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah.

LATAR BELAKANG TENGKU AMIR SHAH

Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kakanda tiri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.

GAMBAR RAJA MUDA SELANGOR
Beberapa gambar yang akan membuatkan wanita disana mabuk dengan tengku amir shah kerana kekacakannya. :-)





Baca Penuh TENGKU AMIR SHAH | RAJA MUDA SELANGOR

Friday, 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | SALAM AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | SALAM AIDILADHA Yeahh harini raya! Harini raya!

Di kesempatan ini djchef ingin mengucapkan salam aidiladha dan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca dan juga buat blogger.

Semoga raya tahun ini ikatan silaturahim dan kasih sayang antara keluarga dan saudara mara semakin erat.

Dan bakal-bakal haji yang akan ke mekah atau sudah pun berada di makkah. Djchef berdoa semoga mereka semua dalam keadaan sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan mendapat haji yang mabrur.

Salam aidiladha buat semua.


Baca Penuh SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA | SALAM AIDILADHA