djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Adam dan Hawa. Show all posts
Showing posts with label Adam dan Hawa. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Ending Adam Dan Hawa Episod 80 | Episode Akhir

Adam dan hawa episode akhir episod 80 astro mustika hd.

Drama bersiri terhangat Malaysia Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa baru saja berakhir pada 10 Januari 2013 hari khamis. Djdanchef sempat menonton drama episod akhir adam dan hawa ini.

Episode Akhir Drama Adam Dan Hawa

Episode ending ke 80 ni djdanchef dapat simpulkan kesemua jalan cerita adalah happy ending.

Kisah bermula dengan majlis pernikahan antara Johan dan Azie. Johan berjaya dengan sekali lafaz dan Azie kini telah menjadi isteri yang sah kepada Johan.

Beberapa hari kemudian, Ain mula menunjukkan tanda-tanda akan bersalin dan segera ditempatkan di Hospital.

Jururawat meminta seorang sahaja diantara ahli keluarga yang boleh menemani Ain. Jadi adakah mereka memilih djdanchef, tetiba.. ? Taklah akhirnya Am menawarkan diri untuk menemani isterinya.

Tiada rasa dendam dan persengketaan antara ibu johan dan ibu ain begitu juga Dee dan suaminya datang untuk melawat Ain.

Selepas beberapa jam, Ain selamat bersalin dan mendapat bayi perempuan yang sangat comel. Besar bayi mereka siap kepala pun botak licin elok jer.. Haha

Nama Anak - Arisa Nur Asyikin Binti Adam Mukhriz

Ain dan Adam bersetuju untuk nama kan bayi perempuan mereka dengan nama Arisa Nur Asyikin Binti Adam Mukhriz. Yang comelnya baby ni pandai ketawa kat kamera.

Ending Adam dan Hawa - Ain Bersyukur Dapat Suami seperti Am

Ending episod akhir diakhiri dengan Ain mengimbau kembali detik perkenalan, kemudiannya konflik yang dihadapi, seterusnya ketabahan dan kesabaran Am yang tidak berhenti untuk mendapatkan semula isterinya iaitu Ain Hawani.

Ain sangat bersyukur mendapat suami seperti Am. Akhirnya cinta Adam dan Hawa bersatu jua. Rindu djdanchef dengan drama ini. :-)

Adakah drama Sehangat Asmara yang bakal menggantikan drama Adam dan Hawa akan sehangat begini? Nantikan.

Kini dengan rasminya drama adam dan hawa episod 80 telah tamat.




Baca Penuh Ending Adam Dan Hawa Episod 80 | Episode Akhir

Monday, 10 December 2012

Adam Dan Hawa Episode 61 |Episod Isnin

Sinopsis Adam dan Hawa episod 61 episod isnin. Drama terhangat ini telah pun sampai ke siri 61 dan siri kali ini konflik makin terasa antara Ain (Nadiya Nisaa) dan Ibu kepada Johan.
Adam Dan Hawa Episode 61
Pada kali ini ibu Johan telah mengugut Ain supaya melakukan sesuatu untuk anaknya johan yang sentiasa mengalami masalah jiwa disebabkan ain.
Ain mula bersimpati dan mula bersuara kepada ibu johan adakah ibu johan mahu dia bercerai dengan ( Aaron Aziz ) dan berkahwin dengan Johan?
Apakah tindakan ain? Saksikan adam dan hawa pukul 10 malam di Astro Mustika HD.

Baca Penuh Adam Dan Hawa Episode 61 |Episod Isnin

Wednesday, 7 November 2012

ADAM DAN HAWA EPISODE 43 | EPISOD RABU

Drama adam dan hawa episode 43 episod rabu djchef.

ADAM DAN HAWA EPISODE 43
Pada episod kali ini, akhirnya Johan dan Azie mengaku perasaan yang
merekaa berdua rasakan selama ini.

Tetapi masalah yang dihadapi adalah jika hubungan cinta mereka diteruskan, bimbang persahabatan meraka bertiga akan hancur begitu sahaja.

Dalam pada itu, Adam ingin menelefon Ain apabila berada dalam keadaan tidak menentu. Akan tetapi Ain mula rasa selamat dan selesa ketika Adam sudi membantunya ketika dia dalam kesusahan

Lihat Juga: Adam dan Hawa episode 43


Baca Penuh ADAM DAN HAWA EPISODE 43 | EPISOD RABU

Tuesday, 6 November 2012

ADAM DAN HAWA EPISODE 42 | EPISOD SELASA

Drama adam dan hawa episode 42 | episod 42 djchef nampak drama untuk episod kali ini para pelakon pandai memberi ekspresi kekeliruan kepada penonton.

ADAM DAN HAWA EPISOD 42

Adam cuba mengawal dirinya yang sememangnya kurang selesa dengan perangai Dee yang sememangnya sukar untuk dia melepaskan Adam begitu sahaja.

Azie pula semakin yakin dengan perasaannya dengan Johan tetapi demi Ain, dia sanggup untuk pendamkan sahaj perasaan yang terbuku di hati.

Dia semakin sayang terhadap Johan dan mengharap perasaan yang sama dari Johan.

Dee pula sedang mencari satu perangkap yang membolehkan Adam menjadi hak miliknya sampai bila-bila.

LIHAT JUGA:
- SINOPSIS ADAM DAN HAWA
- ADAM DAN HAWA EPISOD 41


Baca Penuh ADAM DAN HAWA EPISODE 42 | EPISOD SELASA

Drama Adam Dan Hawa Episode 41 |Episod Isnin

Video online drama adam dan hawa episode 41 episod isnin aaron aziz dan nadiya nisaa.

EPISODE 41

Ain mula rasa bersalah kerana sepatutnya dia perlu cuba membaiki keadaannya bersama Adam dan tidak sepatutnya pentingkan diri sendiri.

Adam mula terasa hati dengan sikap Ain dan cara ain melayan Adam yang membuatkan Adam mula berang.

Johan pula semakin kalut dan serabut dengan perasaannya sendiri terhadap Azie pada masa yang sama memikirkan Ain.

Azie sendiri sudah mula berani menyuarakan perasaan hatinya yang terpendam sekian lama. Lebih berani Johan bertanya sesuatu yang agak keberatan untuk Azie menjawab persoalan tersebut.

LIHAT JUGA:
- SINOPSIS ADAM DAN HAWA
- ADAM DAN HAWA EPISOD 40


Baca Penuh Drama Adam Dan Hawa Episode 41 |Episod Isnin

Thursday, 1 November 2012

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISODE 40

Video Online Drama Adam Dan Hawa Episode 40 | Telah djchef ikuti sampai episod 40.

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISODE 40

Adam terus cuba memenangi hati Ain dan ketika itu Ain juga muka terasa dirinya ingin dibelai seperti seorang wanita lain juga.

Tetapi Ain terfikir mengapa Adam tidak pernah jemu walau bertahun dirinya berpisah dengan suaminya itu.

Azie pula cuba pikat hati Johan secara diam-diam tetapi Johan tidak pernah mengetahui perkara tersebut.

Pada Johan dia mengambil berat tentang Azie kerana mereka seperti rakan baik sahaja.

KOMEN DAN FACEBOOK

Episod Lepas: drama adam dan hawa episod 39.

Lihat Komen mengenai drama ini klik adam dan hawa.

Untuk dapatkan info terbaru mengenai drama ini boleh LIKE facebook djdanchef.


Baca Penuh DRAMA ADAM DAN HAWA EPISODE 40

Wednesday, 31 October 2012

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 39

Video Online Drama Adam Dan Hawa Episode 39 |Sinopsis djchef untuk episod 39.

DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 39

Normah dan Eja cuba menggertak Ain tentang Azie dan Johan. Ain langsung tidak perasan perkara tersebut dan kini sering mula menjadi tanya buat dirinya.

Disebabkan Azie kini sakit, Johan pula menjaga Azie yang terlantar di hospital dan keadaan itu membuatkan Azie semakin rasa selesa dengan Johan.

Ini memberi peluang kepada Azie untuk membandingkan dirinya dengan Ain.

Lihat Komen mengenai drama ini klik adam dan hawa.

Untuk dapatkan info terbaru mengenai drama ini boleh LIKE facebook djdanchef.


Baca Penuh DRAMA ADAM DAN HAWA EPISOD 39