djchef 24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Cuti | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 3 April 2017

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Cuti

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am cuti 2017


KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri telah diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing, katanya.

"Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini, sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Seri Paduka akan mengadakan dua acara utama sempena Istiadat Pertabalan baginda.

"Pada sebelah pagi 24 April ini, Istiadat Pertabalan akan berlangsung di Balairung Seri manakala Majlis Santapan Diraja akan diadakan pada waktu malam di Dewan Santapan, Istana Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Ali berkata dua acara lain akan turut diadakan iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat dijadual berlangsung pada 20 April ini di Masjid Putra, Putrajaya serta Pameran Raja Kita pada 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara Lama).

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lepas. – BERNAMA

JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.