djchef April 2017 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 12 April 2017

Penting Sangat Ke Buat Itinerary Kalau Nak Pergi Melancong


Walau apa pun yang kita lakukan, perancangan awal mesti dilakukan. Ia sebagai salah satu langkah yang perlu diikuti, dalam melancarkan sesuatu perkara.

Begitulah yang sering kita lihat, apabila ada yang pergi 'travel', mereka pasti akan kongsikan 'itinerary' sepanjang percutian di satu-satu tempat.

Tapi, penting sangatkah 'itinerary' ini, kalau tidak buat, adakah akan menggagalkan 'travel' kita? Bagi menjawab persoalan tersebut, Puan Rozana Tumirin telah kongsikan akan kepentingan membuat 'itinerary' ini, lebih-lebih lagi jika tidak menggunakan khidmat 'travel agency'.

Jom kita baca perkongsian darinya.


APA PENTINGNYA ITINERARY APABILA NAK MELANCONG? 

(Khas untuk yang melancong sendiri tanpa menggunakan khidmat mana-mana travel agency).

Maksud itinerary tu adalah jadual perjalanan atau lebih tepat, jadual perjalanan seharian yang dibuat sepanjang perjalanan semasa melancong termasuklah tempat yang akan dilawati dan pengangkutan. Dalam banyak-dalam persiapan aku nak pergi travel, buat itinerary ni adalah salah satu benda wajib dan benda wajib yang memeningkan kepala aku. 

Ikut tak ikut tu belakang cerita. Tapi biasanya kalau aku dah penat2 buat, orang taknak ikut, mulalah aku rasa nak hangin satu badan. Ingat senang ke nak buat benda ni?

Aku dah pernah travel ke beberapa negara dan tak pernah menggunakan khidmat mana-mana travel agency semasa melancong termasuklah pembelian tiket kapal terbang, penginapan, kenderaan dan sebagainya kecuali permohonan visa. Kalau nak apply visa, aku akan bagi travel agency yang buat sebab kosnya jauh lebih murah berbanding kita buat sendiri. 

Sebagai seorang lepasan diploma in Tourism Management, aku malu la kalau pergi travel pakai travel agency. Dan aku jugak malu kalau pergi travel membabi buta je tanpa persiapan lepastu pum pang pum pang cakap tempat tu tak best.


Jadi, aku senaraikan 2 sebab utama kenapa itinerary ni sangat penting.

1. Jimat masa.

Benda pertama yang aku buat, aku akan search place of interest kat tempat nak pergi tu.

Contoh 1: Sewa kereta di Melbourne, Australia. Ada macam2 tempat menarik contohnya Twevle Apostles, Great Ocean Road, Philips Island dan sebagainya. Bila kau dah tau tempat2 tu dan ada idea kat mana tempat tu berada, kau dah boleh tahu berapa jauh, berapa jarak tempat tu antara satu sama lain. 

Jadi, kau dah boleh plan dan budget berapa hari nak sewa kereta, berapa lama boleh spend time dekat satu2 tempat tu. So, kalau boleh habiskan melawat Twevle Apostle dan kawasan sekitarnya dalam masa satu hari. Tak payah nak ulang alik banyak kali sebab kau tak tahu sebenarnya tempat2 tu semua dekat kawasan yang sama.

Contoh 2: Public transport (metro/subway) di Paris, Perancis. Bila dah tahu mana nak pergi, boleh terus naik train ke tempat yang nak pergi. Bila kita dah tau nak turun kat mana, nak tukar train kat mana, tak payah bazir duit naik teksi. Duit lebih tu boleh buat beli handbag. Hua hua hua. 

Contohnya nak pergi Eiffel Tower dari The Lourve. Naik Metro 1 di Palais Royale Musee de Lourve menghala ke La Defense dan turun di station Concorde. Di Concorde tukar Metro 8 menghala Balard dan turun di station La Motte-Picquet Grenelle, tukar ke Metro 6 menghala ke Charles de Gaulle-Etoile dan turun di station Bir-Hakiem. Dari Bir-Hakiem jalan kaki ke Eiffel Tower lebih kurang 9 minit.

2. Jimat kos

Kebanyakan tiket masuk sesuatu tempat lebih murah jika beli online. Jadinya kalau kita dah buat itinerary, kita dah tau mana kita nak pergi dan boleh beli tiket siap-siap. Takde lah dekat sana baru nak beli tiket pastu tak jadi pulak nak masuk tempat tu sebab tiket mahal.

Contoh 1: Place of interest. Madame Tussauds London dan Eiffel Tower Paris. Siap boleh pilih pukul berapa nak masuk. Jadi, pilihlah nak siang ke malam ke, murah, mahal semua ada.

Contoh 2: Pengangkutan. Tiket bas/train/!flight semestinya lebih murah kalau beli online dan beli awal. Terpulang pada preference korang nak cepat ke, nak murah atau main sebat je sebab dah last minute. 

Contohnya aku pergi London dari Paris naik bas sebab murah dan boleh jimat duit hotel satu malam (overnight bus). Tapi lepastu menyesal sebab lama gila, kena turun naik bas dekat border dan driver bas pun kerek nak mampus.

Contoh 3:
 Free tour. Google atau tanya hotel kat mana ada free tour. Aku pernah join free tour dekat Sydney, Paris dan Montmarte. Make sure ada tenaga dan boleh jalan jauh sebab diorang jalan laju. Memang berbaloi dan banyak sangat info kau akan dapat.

Aku sertakan contoh itinerary yang aku buat. Bersengkang mata macam nak exam, dik.










Kesimpulannya, kalau travel buatlah itinerary supaya tak bazir masa dan wang. Dah beli tiket mahal-mahal takkan nak jalan-jalan kosong je, ye dak? Sekarang ni bila dah ada anak, itinerary aku lebih santai sikit dan banyak free and easy but still, major attractions kena pergi. 

Lain kali aku sambung lagi pasal tempat penginapan pulak. Sama ada nak pilih hotel, hostel, guesthouse atau airbnb. Aku nak sambung tulis panjang-panjang pun Anggun dah bangun ni dia ajak tengok Didi & Friends pulak.
Baca Penuh Penting Sangat Ke Buat Itinerary Kalau Nak Pergi Melancong

Tuesday, 11 April 2017

Cara-Cara Jaga Buah Pinggang Dengan Betul

Cara-Cara Jaga Buah Pinggang Dengan Betul



Dalam apa jua sukan yang dilakukan, ada sahaja bahayanya, apa yang boleh dilakukan adalah melakukan aktiviti dengan cara yang betul, serta berhati-hati. Tidak kiralah apa yang ingin dicapai menerusi aktiviti, atau senaman tersebut.

BACA: Berpeluh Bukan Bermakna Aktif, Ini Sebab Mengapa Anda Berjoging Tetapi Berat Badan Tidak Turun, Doktor Ini Kongsi Cara Berjoging Yang Betul

Jika marathon pula, ianya adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.

Mari kita ikuti penjelasannya.


Maraton & Buah Pinggang
Ramai orang nampak kelam-kabut bila membaca rencana akhbar tempohari mengenai maraton membahayakan buah pinggang. Mungkin sebab saya seorang pelari maraton juga seorang Pakar Buah Pinggang, sangat ramai yang ajukan soalan dan kerisauan mereka.

Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.

Apakah "acute kidney injury?"

Ianya kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Klasifikasinya mengikut AKIN ada 3 tahap: AKIN 1, 2 dan 3 (3 yang paling teruk). AKIN tahap 1 adalah peningkatan bacaan darah creatinine 1.5 ke 2 kali ganda daripada "baseline". AKIN tahap 2, adalah 2 ke 3 kali ganda peningkatan. Jika gejala akut, kebiasaannya ia pulih semula jika penyebabnya dikenal pasti dan dirawati.


Mari kita lihat kajian ini secara terperinci. Sampel diambil daripada 22 orang. Sebelum, sehari selepas & dua hari selepas maraton. 82% (18 orang) menunjukkan AKIN tahap 1 & 2. Ianya tiada simptom atau gejala. Anda tidak merasa apa-apa pun.

Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.

Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.

Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang. Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.

Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:

1. Respect the distance

Training / latihan & persiapan sangat penting. Jangan lah dok eksyen tiada training pun anda boleh habiskan maraton. Ini membahayakan kesihatan anda. Dengan latihan, badan & otot anda akan lebih biasa & peka dengan larian sejauh itu. Risiko "rhabdomyolysis" kurang, salah satu penyebab kegagalan buah pinggang akut (rosak secara tiba-tiba) selepas aktiviti fizikal yang berat.

2. Kekalkan hidrasi

Kekalkan hidrasi anda sebelum, semasa & selepas maraton

3. Elak makan ubat tahan sakit

Elakkan makan ubat tahan sakit jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (seperti Ponstan, Voltaren dan yang sewaktu dengannya) selepas larian tersebut.

Perlukah maraton sejauh 42km untuk kekal sihat? Jawapannya tidak perlu. Cukup dengan 150minit senaman seminggu dan pemakanan seimbang. Artikel ini bukan alasan anda tidak bersenam langsung. Mereput, tak buat apa-apa lagi bahaya.

Selamat berhujung minggu & maju jaya untuk apa saja larian anda.
Baca Penuh Cara-Cara Jaga Buah Pinggang Dengan Betul

Monday, 10 April 2017

Dampingi & Fahami Penghidap Autism



Setiap kanak-kanak mempunyai pemikiran, juga ciri yang berbeza, walaupun umur mereka sama. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, yang mana ada di antaranya boleh dilihat melalui perbezaan fizikal mereka.

Anak-anak istimewa ini adalah unik, dan mereka perlukan rakan yang memahami diri mereka, supaya mereka dapat kongsikan apa yang mereka lihat sekeliling.

Begitu juga bagi anak-anak yang menghidap autism, ada ketikanya tidak tahu bagaimana untuk berkawan, dan disebabkan itu, mereka sering berada dalam dunia sendiri. Mari kita kenali anak-anak istimewa ini.


Kenali Autism

Bukan itu sahaja, melalui video dari Amazing Things Happen ini, kita boleh mengetahui mengapa kanak-kanak yang mempunyai autism ini berkelakuan lain dari biasa, supaya anak-anak lain boleh menerima, dan memahami mereka.

Terdapat perbezaan yang mudah untuk dilihat, seperti ketinggian, atau warna mata. Ada juga perbezaan yang tidak boleh dilihat menerusi pandangan mata, seperti fobia, makanan kegemaran, atau kemahiran. 

Apa yang menariknya setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza, kerana melalui gambar ini, ada yang menyangkakan ianya seekor itik, ada juga yang berfikir ia adalah arnab.


Ini untuk membuktikan yang otak berfikir secara berbeza

Bagi mereka yang menghidap austism, ada perkara yang dilihat sukar oleh orang normal, tetapi mudah bagi mereka untuk melakukannya, seperti matematik, melukis, atau muzik.

Boleh juga terjadi sebaliknya, yang mana aktiviti bagi mereka yang normal, kelihatan sukar bagi autism, seperti berkawan.

Kebanyakan dari autism, tidak tahu bagaimana untuk ekspresikan apa yang dirasa, walaupun fikiran mereka sedang bercelaru, dan disebabkan itu, mereka akan kelihatan 'okay' bagi pandangan kita. 

Selain itu, bagi kita yang normal, untuk menenangkan diri kita mungkin akan melakukan sesuatu perkara, seperti menggigit kuku, mengetap bibir, atau tidak bertentang mata dengan orang sekeliling.

Begitu juga mereka yang autism, yang mana mereka ada cara tersendiri untuk menangani tekanan. Apa yang dilakukan oleh mereka mungkin kelihatan agak berbeza, tapi itu adalah cara mereka untuk rasa tenang.

Jika perkara sebegitu berlaku, itu menunjukkan mereka sedang mengalami hari yang sukar.


Mereka yang menghidap austism, memerlukan rakan yang sanggup menghabiskan masa untuk mengenali mereka. Melalui komunikasi yang baik, dan kesabaran, tindakan sebegini amat membantu.

Mereka yang istimewa ini, bukanlah sakit, atau 'rosak', mereka hanya ada pandangan yang unik terhadap dunia. Jadi dengan sokongan dari kawan, atau orang sekeliling amat diperlukan oleh mereka, kerana mereka mungkin boleh kongsikan pandangan tersebut dengan kita.

Mari kita lihat video ini, berkaitan dengan autisme, untuk lebih memahami mereka.
Baca Penuh Dampingi & Fahami Penghidap Autism

Sunday, 9 April 2017

Membaca Terjemahan Al-Quran Secara 'Cover To Cover'


Membaca al-Quran sudah sebati dengan diri kita, semenjak dari kecil lagi, ibu bapa kita telah menghantar kita untuk mengaji, dari iqra', muqaddam, sehingga al-Quran, dalam mengenal huruf, serta tajwid bacaan yang betul.

Tidak dapat dinafikan juga, al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannya.

Bukan itu sahaja, umat Islam mempunyai kewajipan terhadap al-quran, dan harus menunaikannya, iaitu, hak untuk membaca & bertilawah kepadanya, hak untuk bertakbir atau memahaminya & menjiwainya, serta hak untuk beramal dengan seluruh isi kandunganya.

Menerusi perkongsian dari laman Warga Prihatin, yang menjadikan kefahaman dan penghayatan al-Quran dan hadis sebagai asas rawatan akhlak, serta membaca amalan terjemahan al-Quran menjadi polisi untuk mereka.

Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.

Gambar Hiasan

BAGAIMANA ALQURAN BERGUNA MERAWAT MASALAH AKHLAK, TERMASUK KETAGIHAN DADAH?

Di Rumah Pengasih Warga Prihatin, kami jadikan kefahaman dan penghayatan alQuran dan hadis sebagai asas rawatan akhlak. Telah sekian lama menjadi polisi kami amalan membaca terjemahan Al-Quran secara 'cover to cover' dengan sekurang-kurangnya 3 kali ulangan. Polisi ini merangkumi kesemua warga tidak kira samada anak-anak mahupun murobbi dan murobbiahnya.

Tujuan utama amalan ini adalah untuk setiap warga yang ingin menjalani hidup berpandukan alQuran dan sunnah itu benar-benar tahu apa sahaja kandungan alQuran itu sendiri. Dengan ulangan bacaan itu akan membuatkan kita mahir apakah isu yang Allah nukilkan dalam alQuran. Dari situ juga akan terbit minat untuk memahami lebih mendalam agar kita mampu mengambil pelajarannya dengan lebih tepat.

Dari minat itu juga akan menambah minat kita untuk mempelajari ilmu tajwid, taranum bahkan nahu bahasa Arabnya juga. Malangnya ada ustaz-ustaz yang segera mengatakan pendekatan itu adalah pelik dan salah. Bahkan ada yang mengatakan ia 'sesat'. Hujjahnya ialah belajar alQuran mesti berguru. Baca sahaja lafaz Arabnya tetap dapat PAHALA walaupun kita tidak tahu maknanya, apatahlagi tidak tahu maksudnya. Ermmmmm…

Baru-baru ini kami menerima ahli keluarga baru, seorang yatim piatu yang ingin pulih dari ketagihan dadah. Polisi yang sama kami terapkan ke atas beliau. Pada mulanya, beliau kelihatan keberatan untuk melaksanakannya. Ini kerana merasakan diri beliau tidak pandai dalam memahami Al-Quran dan khuatir amalan itu bakal menjadi sia-sia sahaja.

Kami nampakkan kepada beliau bahawa sebenarnya itu bukanlah masalah yang hanya beliau alami, tetapi juga turut dialami oleh kebanyakkan umat Islam.

Al-Quran adalah panduan, dan panduan adalah untuk diikuti bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu berada di landasan yang betul dan hujungnya ialah beroleh kejayaan. Tetapi untuk memastikan panduan itu dapat diikuti, ia perlulah difahami dengan sejelas-jelasnya. Tanpa kefahaman yang jelas, pastinya kita akan tersasar daripada landasan yang betul dan sudah tentu mustahil untuk kita memperolehi kejayaan.


PROSES PEMAHAMAN DAN PENJABARAN AL-QURAN MELALUI ASBAB
Kesukaran memahami alQuran ada kaitannya dengan jenis-jenis ayat yang ada di dalam Al-Quran itu sendiri. Ada ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat (Surah Ali-Imran, ayat 7).

Bagi ayat-ayat muhkamat, tiada masalah untuk difahami kerana penjelasan ayat-ayatnya adalah 'straightforward'. Namun yang menjadi masalah ialah ayat-ayat yang jatuh dalam kategori mutasyabihat. Melalui pembacaan semata-mata adalah hampir mustahil untuk difahami strategi atau pelajaran yang cuba disampaikan di dalam ayat-ayat tersebut.

Oleh itu, di Prihatin, selain daripada melalui proses pembacaan, kami juga menggunakan proses asbab dalam kehidupan seharian dalam cuba memahami ayat-ayat Al-Quran. Seboleh-bolehnya kami akan cuba mengkaji keterkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitaran atau di sepanjang kehidupan kami sendiri dengan mana-mana ayat yang dinukilkan di dalam Al-Quran.

Sesungguhnya, Al-Quran diturunkan untuk kita jadikan panduan sepanjang zaman dalam pelaksanaan hidup kita di muka bumi ini. Maka kami yakin, apa sekalipun isu atau masalah yang dihadapi di dunia ini, pasti penjelasan dan penyelesaiannya ada dalam setiap ayat-ayat yang diturunkan itu.

Proses memahami ayat-ayat Al-Quran berpandukan asbab perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian amat memerlukan kita 'familiarize' dengan nukilan ayat-ayat itu terlebih dahulu.

Itulah sebabnya amalan membaca terjemahan Al-Quran dari 'cover to cover' amat dititikberatkan di RPWP. Apabila isikandung alQuran itu sudah biasa kita baca, maka mudah kita mengaitkannya dengan sesuatu asbab peristiwa, atau sewaktu berhadapan dengan sebarang masalah hidup. Pastinya kita akan teringat seolah-olah terdapat situasi yang serupa pernah dinukilkan di dalam Al-Quran, dan pastinya penyelesaiannya juga terkandung dalam ayat yang sama.

Sebenarnya RPWP menerapkan konsep 'reverse engineering'. Buku panduannya telah pun ada, tetapi kefahaman terhadap teori itu masih belum dicapai. Namun, apabila kita terus berjalan, melaksanakan praktikalnya, sampai satu masa kita akan diberikan kefahaman yang jelas terhadap teori yang telah dibaca di dalam panduan yang dibekalkan itu.

Tanpa pelaksanaan dalam cuba memahami isi kandungan Al-Quran, pastinya kita hanya mampu bersangka-sangka sahaja. Sedangkan prasangka itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran (Surah 10 Yunus/36, Al-An'am 6/116). Bukan sahaja tidak berguna, tetapi juga cenderung membawa kita ke arah kesesatan, NAUZUBILLAHIMINZAALIK. Semoga kita dijauhkan daripada perkara yang sedemikian.

Cubalah baca terjemahan alQuran berulang-ulang kali. Kelak kita akan dapati ianya sangat MENARIK dan amat tinggi nilai ilmunya. Amalan itu juga akan membuatkan minda kita sentiasa menzikirkannya dan suka mengaitkan segala kejadian alam ini dengannya.

Dengan amalan itu insyaAllah banyak masalah kehidupan akhir zaman ini boleh diselesaikan dengan pelajaran darinya. Dari situ jugalah pedoman diambil oleh baginda Rasulullah SAW untuk melakar sunnah buat pedoman kita.

Bagaimana mungkin kita boleh hidup berpandukan alQuran dan as-Sunnah jika kita sendiri tidak 'terbiasa' untuk mengetahui apakah isikandung yang 'tertulis' di dalamnya?

Semuga bermanfaat,
Baca Penuh Membaca Terjemahan Al-Quran Secara 'Cover To Cover'

Saturday, 8 April 2017

GROOVE EYESHADOW BY MISTINE HARGA MURAH

GROOVE EYESHADOW BY MISTINE HARGA MURAH Original Bukan Fake Testimoni Review Kesan Kelulusan KKM Promosi Online Malaysia




Harga Promosi Terhad

RM28 (SM)

RM30 (SS)

* no.tracking pos laju malaysia akan diberi

 

Nak Order??

SMS: 01121428302
WHATSAPP: +601121428302 / 01121428302




GROOVE EYESHADOW BY MISTINE

12 NATURAL COLOURS


Harga Promosi Terhad

RM28 (SM)

RM30 (SS)

* no.tracking pos laju malaysia akan diberi

 

Nak Order??

SMS: 01121428302
WHATSAPP: +601121428302 / 01121428302
Baca Penuh GROOVE EYESHADOW BY MISTINE HARGA MURAH

Cara Buat Chocolate Bouquet


Tak lama lagi dah nak masuk musim konvokesyen, tidak pun setiap minggu, atau tiap bulan masti ada sahaja hari jadi, kenalan rapat, atau kekasih hati.

Kalau tidak pun, untuk keluarga sendiri, yang semestinya ada sambutan, dan mesti nak bagi hadiah, tanda penghargaan.

Selalunya, asyik bagi bunga jer, lama-lama simpan dalam bilik, apa kata buat kelainan sikit, dari bagi bunga, atau hadiah yang lama-lama akan layu, atau tersorok dalam bialik, baik bagi makanan, kenyang sikit.

Jom admin kongsi sikit, dari saudari Siti Nurfariha ini, macam mana nak buat 'sejambak' coklat untuk buat hadiah.

Moh kita tengok langkah-langkahnya.

Chocolate Bouguet

Cara-cara buat chocolate bouquet hanya menggunakan sugar paper. Jimat dan simple


Barang-barang yang diperlukan 

a. Coklat
b. Lidi
c. Span kering (satu span panjang potong kepada dua bahagian)
d. Ribbon
e. Gunting
f. Cellotape
g. Tali
h. Sugar paper (hitam)


1. Gam dan cucuk pada span

a. Gam kan coklat pada lidi( boleh guna cellotape/hot glue (untuk lebih kukuh)
b. Gam satu persatu sampai habis
c. Hasil coklat yang dah digam
d. Cucuk coklat yang sedia digam pada span..(gubah ikut kreativi/boleh rujuk macam contoh mak iti buat)


2. Gunting sugar paper kepada dua bahagian

*sediakan dua keping sugar paper.
a. Guna sebagai alas
b. Guna untukk balut keliling


3. Mula melipat kertas bungkusan

a. Lipat separuh seperti dalam gambar
b. Terbalikkan kertas yang dilipat seperti dalam gambar
c. Lekatkan bahagian yang dilipat dengan satu bahagian kertas lagi menggunakan cellotape


4. Balut coklat

Alaskan coklat dengan sugar paper tersebut & balut coklat seperti dalam gambar. Lilitkan cellotape pada bahagian tersebut. Pastikan lilit pada tempat yang ada span.


5. Guna kertas kedua

Ambil satu keping kertas lagi dan potong kepada dua bahagian juga. Ambil satu bahagian dan letak kertas tu pada bahagian atas coklat seperti dalam gambar.


6. Ikat guna tali seperti macam ni 


Akhir sekali letakkan ribbon yang telah siap dibuat. For beginner, boleh ikat guna reben biasa pon ok. Lepas itu, sudah siap. 

Mudah dan murah sahaja, selepas ini bolehlah beli banyak-banyak coklat, buat sendiri.

Baca Penuh Cara Buat Chocolate Bouquet

Friday, 7 April 2017

MAGIC LASH LONG & LONG MASCARA HARGA MURAH

MAGIC LASH LONG & LONG MASCARA HARGA MURAH Original Bukan Fake Testimoni Review Kesan Kelulusan KKM Promosi Online Malaysia




Harga Promosi Terhad

RM58 (SM)

RM64 (SS)

* no.tracking pos laju malaysia akan diberi

 

Nak Order??

SMS: 01121428302
WHATSAPP: +601121428302




MAGIC LASH LONG & LONG MASCARA BY HOPE GIRL


Memanjangkan dan melebatkan bulu mata 5x ganda

Menambahkan bulu mata yang tak berapa nak ade !😘 (Fill in the strand between your lashes!)
.
Menggunakan Natural Fibre! Selamat digunakan.(Oat Fibre)

Melentikkan bulu mata yang tegak!

Sangat Natural dan tak nampak macam pakai bulu mata palsu!

Senang dicuci, hanya letakkan air , tunggu 5 saat dan buang!
.
Cara pemakaian:
.
Pakai lash extension menggunakan applicator, tunggu 5 saat, pakai sekali lagi , ulang sehingga medapatkan panjang extension yang dikehendaki, boleh tambah dengan mascara sedia ade untuk dapatkan effect lebih vavavoom!

Inline image 1

Harga Promosi Terhad

RM58 (SM)

RM64 (SS)

* no.tracking pos laju malaysia akan diberi

 

Nak Order??

SMS: 01121428302
WHATSAPP: +601121428302

Baca Penuh MAGIC LASH LONG & LONG MASCARA HARGA MURAH