Kecekapan anggota polis yang ditugaskan mengawal sambutan Ambang 2014 dan perhimpunan haram turunkan harga barang wajar dipuji kerana berjaya mengelakkan pergaduhan dengan peserta perhimpunan.
Biarpun ribuan peserta perhimpunan merempuh halangan anggota polis dan DBKL di hadapan Menara DBKL, mereka tetap komited dengan tugas dan tidak bertindak balas terhadap peserta demo yang memulakan provokasi.
Sehingga para peserta perhimpunan berjaya naik ke atas pentas pun, pihak polis bertindak memastikan orang awam tetap selamat dan keadaan yang aman terkawal.
Mereka juga berjaya mengawal keselamatan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib daripada dibaling botol mineral di atas pentas.
Kesanggupan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad turun padang juga wajar dipuji kerana bertungkus-lumus memastikan keadaan tenang dan aman terkawal.
Sehingga artikel ini ditulis pada pukul 1.08 pagi, keadaan di Dataran Merdeka masih tenang dan terkawal. – MYNEWSHUB.MY
No comments:
Post a Comment
Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.