ANGELES 7 Nov. - Penyanyi terkenal, Lady Gaga dilaporkan akan menyanyi di angkasa lepas pada 2015 dan artis itu kini sedang giat menjalani latihan vokal bagi memastikan dia dapat melontarkan suara dengan betul, walaupun ketika terapung-apung di angkasa lepas.
Sumber memberitahu Us Weekly, Gaga harus menjalani latihan vokal selama satu bulan disebabkan keadaan atmosfera di sana.
''Gaga bersedia menempa sejarah sebagai selebriti pertama membuat persembahan di angkasa lepas, ini akan menjadi satu perkara yang tidak pernah dilihat oleh dunia sebelum ini,'' kata sumber tersebut.
Bintang berusia 27 tahun itu akan membuat persembahan pada hari ketiga festival Zero G Colony yang akan berlangsung di Spaceport America di New Mexico, kira-kira enam bulan selepas penerbangan komersial pertama Virgin Galactic ke angkasa lepas.
Langkah-langkah keselamatan juga telah diambil bagi memastikan Gaga dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Menurut sumber: ''Gaga juga sudah mengambil insurans.''
Program Virgin Galactic oleh jutawan Sir Richard Branson akan dilancarkan pada tahun depan dan beberapa bintang ternama seperti pelakon Ashton Kutcher dan teman wanitanya Mila Kunis, selain Justin Bieber serta Leonardo DiCaprio sudah menempah tiket untuk menaiki pesawat angkasa itu terbang ke angkasa lepas dengan bayaran AS$250,000 (RM794,772) seorang.
Penumpang telah melawat Pulau Necker milik Branson untuk menamatkan latihan G-force. Pembinaan pesawat angksa lepas yang akan mereka naiki itu, SpaceShipTwo, diilhamkan di Padang Pasir Mojave, California pada 2009.
Penerbangan selama dua jam itu di orbit bumi akan turut disertai Branson dan keluarganya.
wah nak buat persembahan kat angkasa lepas pulak...lepas ni the martians and alien semua tahu lagu lady gaga...
ReplyDelete