Salah faham pelajar ipt tidak layak terima bantuan rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 bajet 2013. Sekiranya anda melihat berita semalam djchef perasan ada pemberita mengumumkan bahawa semua siswa siswi pelajar ipt layak dapat BR1M RM250 dan pada hari ini lain pula kisahnya.
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Mereka bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua.Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar semalam berhubung pemberian BR1M 2.0 yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan itu.
PELAJAR IPT TIDAK BOLEH MENDAPAT KEDUA-DUA INSENTIF
Timbalan Menteri Kewangan, DatukDonald Lim Siang Chai dalam satu majlis mengesahkan pelajar IPT tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku bernilai RM250.
"Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-dua insentif berkenaan. Mereka dapat satu sahaja"katanya.
TARIKH EDAR BORANG BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)
Mengulas lanjut, Siang Chai berkata, borang permohonan BR1M 2.0 dijangka diedarkan dalam bulan ini kepada kumpulan sasarannya."Pengumuman berhubung pengedaran borang BR1M 2.0 akan dimaklumkan dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi"katanya.
Untuk berita mengenai bajet 2013 boleh klik >> bajet 2013 dan berita terkini malaysia.
bersyukurlah kerajaan ada bagi bantuan. Kerajaan di negara lain tak ada bagi bantuan macam tu.
ReplyDelete