djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday, 1 July 2016

Gaji Minimum Tetap 2016 RM1000 Berkuatkuasa Esok

Gaji Minimum Tetap 2016 RM1000 Berkuatkuasa Esok


PERINTAH Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dikuatkuasakan mulai esok tanpa sebarang penangguhan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.


Bliau berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa tiada masa yang mencukupi bagi para majikan untuk membayar gaji minimum baharu mulai tarikh itu adalah tidak berasas.

Katanya dakwaan bahawa kedudukan ekonomi semasa negara adalah kurang baik juga tidak tepat kerana pelbagai indikator, contohnya pertumbuhan produktiviti buruh bagi tahun 2015 menunjukkan peningkatan kepada RM75,538 daripada RM73,091 pada 2014.

Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi tahun 2015 juga menunjukkan peningkatan positif iaitu sebanyak RM43,435 juta daripada RM35,600 juta pada 2014, katanya.

"Dalam menetapkan kadar gaji minimum baru ini, kerajaan telah meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan mengambil pendekatan 'balanced approach' dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan dan pekerja termasuk kedudukan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kadar gaji minimum baru itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015.

Riot berkata hebahan mengenai kadar gaji minimum baru itu telah dibuat menerusi pelbagai saluran oleh kementerian termasuk melalui program libat-urus yang diadakan di seluruh negara sepanjang bulan Jun bagi meningkatkan kesedaran pihak majikan dan kesatuan sekerja berhubung Perintah Gaji Minimum 2016.

Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan perintah itu dipatuhi.

"Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

"Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Riot berkata pelaksanaan gaji minimum baru meliputi semua majikan termasuk majikan sektor perhotelan dan mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang daripada RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia atau RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya majikan berintensifkan buruh disyorkan agar berusaha gigih ke arah mekanisasi dan automasi proses pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.

"Kerajaan yakin dasar gaji minimum ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020," katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 boleh didapati melalui Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara di talian 03-88865156 atau e-mel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. – BERNAMA 

SUMBER: MYNESWHUB

Baca Penuh Gaji Minimum Tetap 2016 RM1000 Berkuatkuasa Esok

Friday, 24 June 2016

Prof. Izzi Haji Ali Meninggal Dunia

Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tengah hari tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi laman akaun Twitter,Fadednv.

Fadednv turut meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham.

Menerusi semakan Mynewshub di laman Twitter Prof Izzi. allahyarham ada memuat naik gambar melawat jenazah meninggal dunia pada hari pertama Ramadhan, iaitu 6 Jun lalu.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Prof. Izzi turut menulis "walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya' sekali gus memberi makna yang cukup mendalam.

Selain itu, Prof. Izzi turut berkongsi pesanan seorang ustaz pada 11 Jun lalu yang berbunyi"Tika Abu Talib nak mati, kiri kanan ada Abu Lahab & Abu Jahal serta di kaki ada Abu Sufian. Nabi SAW di kepala suruh beriman kepada Allah tapi dia enggan kerana lebih ikut kata-kata TIGA ABU ITU.. matilah dia dlm kafir… Moga kita tak tergolong orang seperti ni.

Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal' dan sering muncul menerusi radio Hot FM.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – MYNEWSHUB.CC

Baca Penuh Prof. Izzi Haji Ali Meninggal Dunia

Thursday, 23 June 2016

Kerongsang Rantai Dokoh Serangkai Murah

tudung  shawl harga murah bawal lycra cotton pashmina malaysia promosi 

Kerongsang Rantai Dokoh semi bulat LONGJONG 3 Serangkai 


Brand
Jamilah Jewellery menampilkan rekaan yang dinspirasikan oleh Asia dengan Logam Aloi & Batu Korea. Lengkapkan gaya kasual anda dengan Jamilah Jewellery
  • NEW
    Kerongsang Rantai Dokoh LONGJONG 3 Serangkai Silver
    Jamilah Jewellery®
    Kerongsang Rantai Dokoh LONGJONG 3 Serangkai Silver
    RM 60.00
  • NEW
    Kerongsang Rantai Dokoh SEMI-BULAT 3 Serangkai Silver
    Jamilah Jewellery®
    Kerongsang Rantai Dokoh SEMI-BULAT 3 Serangkai Silver
    RM 60.00
  • NEW
    Kerongsang Rantai Dokoh BULAT 3 Serangkai Gold
    Jamilah Jewellery®
    Kerongsang Rantai Dokoh BULAT 3 Serangkai Gold
    RM 60.00
  • NEW
    Kerongsang Rantai Dokoh SEGI EMPAT 3 Serangkai Gold
    Jamilah Jewellery®
    Kerongsang Rantai Dokoh SEGI EMPAT 3 Serangkai Gold
    RM 60.00
  • NEW
    Kerongsang Rantai Dokoh BUJUR CRYSTAL 3 Serangkai Silver
    Jamilah Jewellery®
    Kerongsang Rantai Dokoh BUJUR CRYSTAL 3 Serangkai Silver
    RM 60.00
  • NEW
    Kerongsang Rantai Dokoh SEGI TIGA 3 Serangkai Silver
    Jamilah Jewellery®
    Kerongsang Rantai Dokoh SEGI TIGA 3 Serangkai Silver
    RM 60.00

Harga Promosi Terhad

RM60 (SM)

RM65 (SS)

*​no.tracking akan diberi

 

Nak Order??

SMS/WHATSAPP:

0132117313

Baca Penuh Kerongsang Rantai Dokoh Serangkai Murah

Euro 2016: Undian pusingan kedua

PARIS 23 Jun - Berikut adalah undian perlawanan pusingan kedua Euro 2016 selepas berakhir aksi peringkat kumpulan hari ini.

Switzerland lwn Poland

Croatia lwn Portugal

Wales lwn Ireland Utara

Hungary lwn Belgium

Jerman lwn Slovakia

Itali lwn Sepanyol

Perancis lwn Republik Ireland

England lwn Iceland
.

Baca Penuh Euro 2016: Undian pusingan kedua