djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday, 26 April 2011

VIDEO KAY AF9 - SALOME KONSERT MINGGU KETIGA 3

Video persembahan Kay AF9 nyanyi lagu sepanyol bertajuk Salome di konsert akademi fantasia 9 (AF9) minggu ketiga (3). Kay pun mendapat komen dan kritikan yang agak pedas dari para juri.

Ni Video Kay dengan lagu Salome di konsert af9 minggu ke-3 (ketiga)



Buat pengetahuan yang belum tahu sebenarnya Kay adalah adik kepada diddy yang juga bekas pelajar akademi fantasia. Ohsem!
Baca Penuh VIDEO KAY AF9 - SALOME KONSERT MINGGU KETIGA 3

VIDEO RAQIB AF9 - SEBELUM CAHAYA (LETTO) KONSERT MINGGU KETIGA 3

Video persembahan Raqib (AF9) nyanyi lagu Sebelum Cahaya - Letto di konsert Akademi Fantasia 9 minggu ke-3 (ketiga) . Persembahan Raqib kurang mendapat pujian dari para pengkritik minggu ketiga ni.


Raqib tak pakai spek pula dalam konsert af9 minggu ke 3 ni.
Baca Penuh VIDEO RAQIB AF9 - SEBELUM CAHAYA (LETTO) KONSERT MINGGU KETIGA 3

Monday, 25 April 2011

VIDEO AFIF AF9 - KASIHNYA LAILA KONSERT MINGGU 3

Video persembahan Afif Kasihnya Laila - Jinbara di konsert AF9 minggu ketiga 3. Persembahan perghh memang best! tapi juri kata tak best pulak!! haihh best Djchef tengok persembahan afif ni. Lagu Jinbara versi Arabic+Rock dari Afif.

Selamat menonton video Afif Af9, Kasihnya Laila - Jinbara di Konsert Akademi Fantasia 9 minggu ke-3 (ketiga)

Baca Penuh VIDEO AFIF AF9 - KASIHNYA LAILA KONSERT MINGGU 3

Sunday, 24 April 2011

AF9- MIZA TERSINGKIR, AIDA AMIR DIGUGURKAN, FINA HAZAMA DISERAP MASUK MINGGU KETIGA 3

Konsert AF9 minggu ketiga (3) menyaksikan pelajar Miza tersingkir, Amir dan Aida di gugur kan manakala Fina dan Hazama diserap masuk ke akademi fantasia 9.
miza gambar,miza tersingkir,gugur,aida,amir,hazama,fina














Konsert Akademi Fantsia 9 (AF9) semalam, pelajar Miza disingkirkan , Aida & Amir di gugurkan dan Fina dan Hazama diserap masuk ke dalam AF9.
Ini memang betul-betul kejutan. 3 penyingkiran sekalis gus. perghh memang seksi. Djchef pun agak terkejut dengan keputusan penyingkiran pelajar dan opreasi gugur konsert af9 minggu ke-3 ni.

Miza, Aida dam Amir pun mendapat kritikan atau komen yang pedas dari para juri yang terdiri daripada Kak ogy, Norman KRU dan Hattan. Persembahan Miza, Aida dan Amir pun tidak memuaskan hati para juri. Pada konsert akademi fantasia (af9) semalam Miza membawa lagu Sofea Jane dari black, Aida - Kau Terlalu Istimewa (Adibah Noor) dan Amir (Dilema).
fina af9, akademi fantasia 9, cute, seksi, comel, af9, fina gambar fina af9













Kemudian menyaksikan pula pelajar yang diserap masuk iaitu Fina dan Hazama ke akademi fantasia (AF9), Fina iaitu adik kepada Aida terpaksa akur dengan perpisahan bersama kakaknya Aida, tak berpeluang dia menuju puncak dengan kakaknya. Manakala Hazama sekian lama pergi audition AF9 akhirnya berjaya juga masuk akademi fantasia 9 walaupun ini adalah yang terakhir. rezeki dia la yer..

fina af9, akademi fantasia 9, cute, seksi, comel, af9, fina gambar fina af9,aida

















Ni adalah kedudukan undian pelajar-pelajar af 9 konsert minggu ketiga setelah undian ditutup.

1. Lena 17%
2. Erul 16%
3. Nera 10%
4. Amir 10%
5. Afif 9%
6. Raqib 9%
7. Kay 8%
8. Aida 8%
9. Azri 8%
10. Miza 5%

Miza ditangga terbawah, persembahan dia pun tak seksi,tak mendapat pujian dari pihak juri manakala tenaga pengajar pun anggap Miza sebagai calon pelajar yang tercorot dalam persembahan.

Aida kedudukan undian yang agak tinggi (seksi), persembahan dia pun tak mendapat kepujian juri (tak seksi) dan tenaga pengajar pun meletakkan aida sebagai calon yang mempunyai persembahan yang tercorot(takseksi). Dapat dua tak seksi dan dia pun digugurkan kenapa bukan Azri? Tengok Azri tiba-tiba membuat persembahan yang terbaik minggu ni dan mendapat pujian juri(seksi), tak dicalonkan pelajar yang mendapat persembahan tercorot dari tenaga pengajar(seksi) cuma kedudukan undian tercorot (tak seksi) hanya 1 saja azri tak seksi berbanding Aida yang dapat dua tak seksi.. haha juling mata korang tengok ku taip seksi seksi ni..haha

Amir? perghh kedudukan undian yang tinggi giler tu. Tapi kenapa dia digugurkan? mari tengok fakta seksi dan tak seksi saya..haha Amir kedudukan undian yang meletop (seksi), persembahan yang mendapat kritikan juri (tak seksi), dan calon pelajar yang mendapat prestasi persembahan tercorot dari tenaga pengajar (tak seksi). dapat dua tak seksi.

Lagi seorang calon yang ramai jangka akan gugur ialah Nera. Tapi kenapa Nera tak digugurkan? perghh tengok undian Nera, mencanak oo.. Nera mempunyai peminat atau fans yang ramai, tak terdaya tenaga pengajar nak gugurkan dia dengan 50% tu..haha

Itulah serba sedikit mengenai konsert operasi gugur af9 minggu ketiga (3) ni. Dengan kehadiran Fina dan Hazama wow!! mesti meletup! DjcheF tengok pelajar yang mempunyai vokal mantap atau power atau lantang la setakat ni Erul, Lena, Fina dan Hazama. 4 orang ni ke final pun dah mantap kot..huhu tapi tak boleh excited SANGAT, kadang2 tengok diorang ni suara power tapi tak boleh bawa lagu slow2.. macam Erul, lagu nano kurang menyegat tak samapi "feel". Fina dan Hazama ada suara power kalau diberi lagu slow2 boleh ker dapat bagi "feel tu".

Ramai suara power best bila nyanyi lagu yg ada note yang tinggi dan lagu2 rancak.. tapi kalau doberi lagu yang slow2, roadway ker, retro 40-an 50-an ker mesti ramai yang tak seksi a.k.a hancur.. AF ni kena goda penonton dan juri kalau dapat bawa lagu pelbagai genre dengan baik dapat la ke final n boleh jadi juara. Semua pelajar AF9 ni paling terbaik la djchef rasa, cuma nampak tak best bab kebanyakkan diorang boleh bawa lagu dalam 1 genre saja. lagu yang mereka dapat diluar dari genre mereka so susah diorang nak tunjuk yang terbaik sebab suara mereka kedengaran tak seksi dengan lagu bukan genre pilihan mereka.

perghhh yang ni post paling terpanjang aku kot.. banyak idea tetiba nak tulis.. haha apa pendapat korang tentang konsert af9 minggu ketiga? huhu
Baca Penuh AF9- MIZA TERSINGKIR, AIDA AMIR DIGUGURKAN, FINA HAZAMA DISERAP MASUK MINGGU KETIGA 3