Ini biodata/profil Erul AF9 dari Akademi Fantasia 9,Erul AF9 menggunakan trademark "annyonghaseyao" yang bermaksud Hello dalam
Home » All posts
Tuesday, 5 April 2011
Monday, 4 April 2011
363 PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT BIASISWA 2011|JPA
363 PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT BIASISWA

Katanya, beliau yakin mereka yang tidak berpeluang untuk mendapat biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam akan diberikan biasiswa lain seperti biasiswa 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.
"Selain itu mereka juga berpeluang dapat biasiswa daripada agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini hari ini.Pada majlis sama, Mohd Puad turut menyampaikan bantuan wang ehsan RM22,600 kepada 113 pelajar berkenaan yang terbabit dengan bencana banjir November tahun lalu.
Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mula mengagih bantuan RM6.4 juta kepada pelajar dan sekolah yang terjejas akibat banjir besar di Kedah baru-baru ini.
"RM2.4 juta wang ehsan diberikan kepada 10,329 pelajar terbabit banjir di Kedah, iaitu RM200 setiap seorang; dan RM4 juta lagi diberikan kepada sekolah yang pelbagai peralatan dan bangunannya rosak akibat banjir, agar ia dapat dibaik pulih, demi keselesaan pelajar dan guru," katanya.
Beliau berkata, bantuan itu diserahkan kepada Jabatan Pelajaran (JPN) Kedah untuk diagihkan secepat mungkin kepada pelajar dan sekolah terbabit. - BERNAMA
Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mula mengagih bantuan RM6.4 juta kepada pelajar dan sekolah yang terjejas akibat banjir besar di Kedah baru-baru ini.
"RM2.4 juta wang ehsan diberikan kepada 10,329 pelajar terbabit banjir di Kedah, iaitu RM200 setiap seorang; dan RM4 juta lagi diberikan kepada sekolah yang pelbagai peralatan dan bangunannya rosak akibat banjir, agar ia dapat dibaik pulih, demi keselesaan pelajar dan guru," katanya.
Beliau berkata, bantuan itu diserahkan kepada Jabatan Pelajaran (JPN) Kedah untuk diagihkan secepat mungkin kepada pelajar dan sekolah terbabit. - BERNAMA
Saturday, 2 April 2011
LEBIH 200,000 TEMPAT DI IPT UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM PENUHI SESI 2011/2012
Intitut Pengajian Tinggi (IPT) Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) menyediakan banyak tempat sambung belajar untuk pelajar-pelajar lepasan SPM.
Lebih 200,000 tempat di IPT untuk sesi 2011/2012: TPM
2011/04/02
KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta tempatan menyediakan lebih 200,000 tempat untuk pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2011/2012, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri, Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia adalah bagi pengajian di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah.Beliau berkata, selain itu 100,500 tempat disediakan bagi pengambilan tahun 2011 kepada pelajar yang akan mengikuti kursus dalam bidang teknikal, latihan vokasional dan kemahiran di 27 buah politeknik dan 323 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Nak menang tiket F1? Nak? Baca sini http://bit.ly/F1_tickets
Katanya, agenda utama kerajaan adalah untuk memartabatkan pendidikan dalam negara dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan buat semua."Dengan adanya peluang pendidikan tinggi yang tersedia di IPT awam dan swasta, serta latihan teknikal dan vokasional dalam negara, saya percaya pelajar mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti kursus yang diminati dan seterusnya memenuhi impian yang terpendam sejak sekian lama," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali ke-7, "Jom Masuk U" Tahun 2011 di The Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan di sini hari ini.
Karnival dua hari anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia itu adalah satu program untuk memberi maklumat terperinci kepada pelajar mengenai kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan tempatan serta prospek kerjaya sesuatu bidang pengajian yang dipilih.
"Apa yang perlu diketahui oleh pelajar adalah maklumat terperinci mengenai kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan yang ditetapkan dan peluang kerjaya yang tersedia kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan," katanya.
Muhyiddin berkata, ketika ini terdapat lebih 580,000 orang mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara.
Nak menang tiket F1? NAKKK!! Baca sini http://bit.ly/F1_tickets
Katanya, matlamat kerajaan adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti di peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah dan dengan ini akan dapat menyediakan pelajar untuk menempa kejayaan yang lebih cemerlang di universiti.
Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan berjaya meningkatkan enrolmen pra-sekolah kepada 72.4 peratus.
Beliau berkata, selain itu 85 peratus murid sekolah rendah berjaya menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi, 43 sekolah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi dan 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Bai'ah atau New Deal bagi pemimpin sekolah.
Katanya, negara juga berada pada landasan yang betul dalam usaha melonjakkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa apabila 212 program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA tempatan mendapat pengiktirafan oleh badan profesional antarabangsa.
Muhyiddin berkata, di samping itu IPTA dalam negara juga berjaya menarik minat tenaga akademik luar negara untuk berkhidmat di Malaysia, di mana 7.5 peratus daripada jumlah petugas akademik IPTA ketika ini adalah daripada kalangan petugas akademik antarabangsa, dan ini sekaligus membuktikan bahawa pendidikan tinggi dalam negara adalah bertaraf dunia.
Beliau berkata, terdapat 86,919 orang pelajar antarabangsa dari lebih 150 buah negara sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan sehingga Disember 2010 dan ia adalah kayu ukur kejayaan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa agar usaha berterusan bagi memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa ditingkatkan.
Nak menang tiket F1? Nakkkkkkk!! Baca selanjutnya disini http://bit.ly/F1_tickets
Katanya, ini termasuk dengan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk membuat penyelidikan di IPT tempatan, khususnya di lima universiti penyelidikan dalam negara. - BERNAMA PERMOHONAN PPUM PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2011
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR (PPUM)
Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ) di Kuala Lumpur ini mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM untuk membuat
permohonan / daftar / application untuk menyambung Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Berikut adalah sumber yang diambil daripada ePutra
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti program pengajian peringkat Diploma di PPUM.
Program pengajian yang dijalankan secara sepenuh masa ini akan mengambil masa 3 tahun dan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia sendiri. Oleh itu mereka yang berjaya menamatkan program pengajian diploma ini dikehendaki berkhidmat dengan PPUM selama 5 tahun.
Program Pengajian PPUM
Program pengajian yang ditawarkan adalah
- Diploma Kejururawatan ( Diploma in Nursing)
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
- Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)
Syarat Am PPUM
Syarat kelayakan am untuk memohon
- Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
- Lelaki atau perempuan
- Masih bujang
- Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.
Syarat Akademik PPUM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-
- Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
- Bagi program Diploma Kejururawatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
- Bagi program Diploma Teknologi Makmal Perubatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
- Bagi program Diploma Radiografi memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
Cara Memohon PPUM
- Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my
- Pemohon perlu mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional)
- Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
- Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.
Ingin menang tiket F1? Baca disini http://bit.ly/F1_tickets
Tarikh Tutup PPUM
- Permohonan program diploma PPUM ini akan ditutup pada 10 April 2011.
Temuduga PPUM
- Semakan panggilan temuduga boleh dibuat melalui laman web PPUM mulai 18 April 2011 hingga 30 April 2011.
- ID PPUM boleh digunakan untuk membuat semakan temuduga.
- Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga
Pendaftaran PPUM
- Program pengajian ini dijangka akan bermula pada 4 Julai 2011.
Ingin menang tiket F1? Baca disini http://bit.ly/F1_tickets
Maklumat PPUM
- Sila rujuk laman web rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya atau laman web permohonan program PPUM untuk maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang masalah semasa permohonan sila hubungi talian 03-79492099 / 03-79493210 / 03-79494240 atau e-mel : spp@ummc.edu.my’
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai progam, bagi Diploma Kejururawatan hubungi 03-79492098/ 2099, bagi Diploma Teknologi Makmal Perubatan hubungi 03- 79493267/ 03 – 79493305 dan bagi Diploma Radiografi hubungi 03 -7949 2524.
Subscribe to:
Posts (Atom)